Dunia Hafizal i
Sunday, 22 May 2016
Sunday, 5 April 2015
Mandi Di Kolam Renang
Setelah berakhirnya
presentation Latihan Industri (LI) yg lalu Akhirnya aku ada masa nak berenjoy
dengan kengkawan ni. Jadi kami merancang nak mandi dekat kolam renang dkat
Kangar tu.. Alahh yg diorang buat sukan SUKMA aritu Dekat Perlis tuh. Jadi memandangkan
si Danial ni ada contact number dgn org
yg handle kolam renang tu, maka call lah si Danial sebab nak Tanya boleh ke
tak? Tapi malangnya tak boleh sebab kolam renang tu dlm proses baik pulih.
Agak kelihatan kuciwa dekat muka si Hariz
dengan izzat ni sebabnya diorang yg beria ria nak p sana..Aku rilek je sebabnya
aku tak berminat pon dengan semua ni..heheh..
Tengah hari tu aku pergi ke DOMINOS kangar
la sebab lapaq pizza…Jadi aku p la beli pizza tumpangla si Hafiz Raiz ni naik
moto LC dia..Tetiba Hariz call ajak aku p berenang dekat Kolam renang Hotel
Putra Palace tu..Hrmmm setelah pikir banyak kali aku pun setuju…Tapi lepas
habis makan pizza lah dekat Taman Gasing ni..heheh
Aku tak tau la kenapa aku beri ria ajak si
Azoom ni. Tapi dia takmau…Katanya tak reti berenang..hrmm jadi aku
kecewa…Lagipun helmet pon tak cukup..Tak pa lah takda rezeki..kan..Jadi Aku,
danial, Hariz, Izzat dan Hafiz Raiz je yg pergi..Kami pergi dalam pukul 5
petang lebih je..Sampai pun dalam 6 ke 7 minit je..Alah bukan jauh pun Hotel
Putra Palace dengan Taman Gasing nih..
Jadi kami pergi ke kaunter…Ingatkan kena 5
hengget tapi 10 hengget la..Selepas bayar kami pon terus masuk..Hariz la orang
yg kelihatan sangat teruja..Dia terus terjun ke dalam kolam yg kedalaman 6 kaki
tu..
Kemudian kawan aku yg lain pun terus
masuk..Aku mengambil kesempatan untuk bergambar dengan kawan kawan sebagai
kenangan..hahaha..Setelah habis bergambar…apa lagi jom kita mandila…hahah..Tapi
aku tak berenang aku cuma berendam jer..nak tau sebab apa? Sebabnya aku je yg
tak reti berenang..hahahahahha…Sebab tu la aku beria ajak Azoomm tapi dia tak
mau p..KALU tak kita 2 je yg tak reti berenang..nasib la badan..
Aku hanya mampu berendam..Aku try la Tanya
si depa ni “ ajaq la aku berenang sat…tapi depa buat tak tau” Cilaka betuii..
Jadi aku pun main main berendam dan menyelam jelah tapi aku tak mampu lama
sebab nafas pendek..
Orang ramai mula memenuhi kolam renang
tu…dan aku mula segan la sebab tak reti berenang..nak belajaq berenang pon
segan…Tambah lagi segan lah bila sorang budak tu fuhh terer kot
berenang..geramm jer rasa…pastu dia tengok aku dia sengeh kat aku..rasa macam
dia perli aku jerr….hrmmm..tak pa takpa..hidup perlu diteruskan..
Setelah lama berendam aku pun naik kat
atas sat ambik angin…heheh..Izzat, Hafiz Raiz dan Danial pon ikut sama..Hanya
Hariz je yg tak nak naik…sebab nak menghayati duit Rm 10 tu kot..Nasib baik
bukan menormah..hahaha..Jadi setelah puas kami pon masuk balik..dan main air
jelah apa lagi…macam budak budak je rasa..huhuhu..Dalam diam aku perasan je si
Danial ni duduk dekat tepi dan diam..Dalam hati hati aku mula syak jangan
jangan dia kencing ke ape dalam seluaq tu..Tapi lantaklah aku kena jauhkan diri
dari dia…wekkkk.. Seterusnya kami main menyelam ..Dah konfom aku kalah..dan
pemenangnyer adalah Hafiz Raiz…lama giler dia berendam…hrmmm..
Seterusnya adalah lawan renang antara
izzat dan hariz dan pemenang nya adalah Izzat..hehehe..Aku kompom kalah
punya..berenang pon tak reti..hehe..Lastly kami main tarik tarik kawan bagi
lemas..hehehe aku apa lagi yg ni aku mau la join.. Sasaran aku hanya Hariz.. Apalagi
bila dapat pegang si bahu Hariz ni kita tarik dia pastu rendamkan dia..hahaha..
Nasib baik dia dapat lepaskan diri.. Oklah setelah pukul jam 7 malam penjaga
kolam renang tu pun meniupkan visel tanda waktu mandi dah tamat.. Aku apa lagi
naik dan tukarlah pakaian yg dah basah tu sebab nak balik rumah dah… Berita yg
paling gembira adalah aku boleh berendam dekat kolam renang yg berkedalaman 6
kaki..huhu..Ok nanti aku citer benda lain pulak..Bai bai.
Sunday, 29 March 2015
Imbas Kembali (2)
Petang
18.3.15 sehari sebelum presentation, akhirnya aku dapat berjumpa dengan
supervisor aku yg akan jadi hakim untuk presentation pada esok hari.. Aku pergi
bersama 2 orang kawan aku yg praktikal di tempat yg sama..Bilik supervisor aku
terletak di B052 Al Farabi 1.
TUK
TUK..Pintu bilik supervisor aku diketuk.. Krik krik krik sebentar..Aku
kemudiannya beranikan diri membuka pintu dan aku dapat melihat seorang lelaki
yg telah berusia dlm 50 an kot rasanya..
Lalu dia
menyapa “ yess what u want”..Alamak dlm hati aku dah gelisah dah sebabnya dia
speaking kot..dah la aku tak berapa nak terer speaking English ni..Tapi nasib
baik lah kawan aku si Danial gemok ni terer speaking kalau tak…kompom krik krik
dalam bilik tu..
Danial
mencelah “ actually we want to see u to discuss about our presentation for
tomorrow..can u give some advise” dan bermula cerita yg aku paham sikit sikit
ja…bla bla la bla supervisor aku menjawab…Akhirnya baru aku tau yg supervisor
aku tu baru berpindah dari UITM kampus Jengka ke sini..Beliau merupakan bekas
Timbalan Rektor kat sana..Namanya Prof Madya Haji Khafiruddin Ali..HEHE. Jadi
budak UITM Jengka mesti kenal kan..kan..kan..Baru aku tau Prof ni sempoi
orangnya mcam aku jugak..hahahaha perasan kejab..Sesempoi sangat prof ni dan
lega lah hati aku walaupun sepatah ayat melayu aku tak dengar lagi..
Setelah
hampir dua jam akhirnya tamat sudah perbualan yg fully English tu dan yg
pastinya aku yg paling krik krik..Petang itu aku terus ke kolej Cengal 2. Aku
bercadang nak tido kat kolej la malam tu..memandangkan rumah tempat aku tido yg
terletak di Taman Gasing sangat jauh..Jadi tinggal lah aku sekejab bersama sama
kawan aku yg akan present esok juga..Yang seronoknya depa ni kira boleh kata
macam pendatang asing tanpa izin la..sebabnya depa masuk kolej tanpa kebenaran
pihak kolej..kah kah kah. Dah la ramai dalam 20 lebih orang untuk 4 bilik budak
course aku ni..Satu bilik boleh memuatkan 3 0rang..So hampa paham kan yg malam
tu aku dan kawan aku semua tido macam sardin dah beramai ramai..
Malam yg
panas dan merimaskan dgn beg beg baju yg bersepah sepah di bilik yg hanya
memerlukan 3 orang tu, aku terus memulakan membuat slide presentation untuk
esok..Tu pun mula pukul 10 lebih..Sebabnya dok ralik bersembang dgn kawan yg dh
lama tak jumpa ni. Dok kalut Tanya pasai tempat praktikal depa. Semuanya gempak
gempak belaka..Tiba tiba kawan aku bagi tau yg kolej Cengal 2 ada buat spot
check..Aku apa lagi cuak la.. sebabnya rambut aku dah panjang macam Anuar Zain
nih..Adusss..Kawan aku yg lain apa lagi lari la berduyun duyun turun duduk
dibilik bacaan la…menyorok dalam jamban la…Aduh lawak betui la depa
ni..Maklumlah depakan penghuni tanpa kebenaran..heheh. Bilik Cengal 2 no 218 tu
ditutup lampu dan dikunci biliknya..hahaha macam haromm je rasa malam ni jugak
depa nak buat spot check..Dah la slide aku tak siap lagi.
Setelah
keadaan reda dan takda sapa yg kena saman aku dan kawanku terus ke bilik masing
masing untuk sambung balik kerja yg tertangguh tadi..Akhirnya dlm pukul 2.30
pagi kerja aku semuanya siap..Walaupun kawan aku dibilik lain baru nak
buat..jadi lantak depa lah..Yg penting aku nak tido sebab dah ngantok ni..Malam
yg meninggalkan banyak kenangan itu aku tido bersama sama kawan ku. Yg pastinya
aku kena tido kat lantai.. Cissss..Aku terus diulit mimpi.zzzzzzzz.
Pagi
khamis 19.3.15 maka bersiap siaplah aku untuk pergi present..Aku yg memakai
baju kemeja berwarna putih bertali leher hitam bersluar slak hitam agak nampak
kemas lah..hehe..Biasalah selama ni asyik pakai baju selekeh je waktu buat
praktikal. Setelah semua di check utk pastikan takda yg tertinggal aku terus
menaiki moto Kesayangan aku AJS 2016 tu ke tempat pendaftaran..Setelah selesai
maka aku terus ke tempat presentation di bilik seminar 2. Wauu aku dapat tempat
VVIP kot..huhu..Di pendekkan cerita..Setelah Prof sampai ke bilik seminar maka
bermulalah presentation tuh.. Aku memilih orang ke tiga untuk membuat
presentation..Masa yg diberikan adalah 15 minit untuk presentation termasuk Question
and Answer. Tetapi semua itu tak betul..Sebabnya seorang ambil masa setengah
jam..Sbabnya prof tanya soalan yg level 100..Kesian kat depa..
Kini tiba
giliran aku sebagai orang ketiga. Dan bermulalah presentation aku dalam bahasa
enslish gaya aku. Pong pang pong pang aku present..Kini tiba dekat Q and A.
Prof Tanya aku bermacam macam soalan dan nasib baik aku paham dan boleh
jawab..Tapi aku hairanlah kenapa prof begitu teruja nak Tanya macam macam kat
aku sehinggalah satu soalan yg aku tak paham maksudnya..Aku apa lagi krik krik
krik kat depan tu..Prof ulang banyak kali..Aku perasan yg kawan aku nak tolong
aku dgn bagi bahasa isyarat tapi aku tak paham la bahasa ko tu..hehe.. Akhirnya
buat pertama kali prof bercakap dalam bahasa Melayu 100% kat aku..Mungkin dia
bosan kat aku sebab dia Tanya aku krik krik jer..heheh. Soalan prof yg masih
aku ingat lagi adalah “ untung kah peneroka Felda Chuping mempunyai 4 hektar
tanah untuk satu keluarga dan bolehkah keluarga itu menyara seluruh keluarga
nya..” Hehe itu je soalan nya..Haihh kenapa lah aku tak paham..
Aku lah
yg buat presentation paling lama sekali dalam lingkungan 40 minit. Dan nilah
presentation dalam English paling lama dalam hidup aku setakat ni. Apa apa pon
aku tak rasa kecewa sebabnya budak present lepas aku semuanya lawaklah sama
macam aku krik krik kat depan..heheh..Apa apa pon komen dari Prof amat membakar
semangat aku. “Walaupun kamu tak reti cakap dlm bahasa inggeris at least kamu
cuba dan saya rasa bangga kamu mencuba walaupun tunggang langgang sebabnya saya
faham budak kampong macam kamu memang sangat kurang pendedahan dalam English
dan kamu berusaha dan saya rasa bangga sebab saya juga dari kampong macam
kamu”..hahak.. Setelah tamat presentation sedikit jamuan diadakan.. Maka dengan
ini tamat sudah zaman Diploma aku..Heheh. Itu je kut cerita sebenar yg lain
akan menyusul kemudian..
Imbas Kembali (1)
Alhamdulillah setelah semua
selesai, maka bolehlah aku citer sikit apa yg berlaku baru baru ni.
Memandangkan dah tamat
praktikal pada 6.3.15, maka boleh la aku menjerit kepuasan menandakan zaman
Diploma aku akan habis tak lama lagi..hiyarkkkk..Tapi itu semua lambat lagi lahh..Nak
tau sebab apa?.. Sebabnya report praktikal perlu disediakan, slide
presentation, dan kemaskini logbook yg dah tertinggal beberapa minggu tu akan dipersembahkan pada 23.3.15
nanti…Ok..releks brother..brother releks…awai lagi kot..lagi 2 minggu der…itu
lah yg ada dalam fikiran aku waktu tu…Jadi
apa lagi kita abaikan lah dulu benda alah tu..Kita p merayau rayau kat kolej tu
sambil mengacau bebudak yg tersangkut paper tuh..hahaha.. Kesian kat diaorang..
Di pendekkan cerite
seram tak bertauliah ini..Secara tak sengaja atau sengaja aku pun tak tau bila
dapat tau yg tarikh aku kena present dipercepatkan beberapa hari iaitu pada
19.3.15.. Jadi aku rasa yg roh dah takda dalam badan aku nih…Jadi apa lagi
kalut lah aku membuat report praktikal tanpa sebab tanpa henti tanpa makan
tanpa mandi tanpa keluaq rumah dan bermacam macam tanpalah yg ada…Time ni lah
bermacam macam ayat mencarut keluaq kat mulut..tu la akibat buat keje last
minit..Kan dah tension…Ni lah report paling stress dalam sepanjang zaman
diploma aku nih..Nasib baiklah last sem..
Aku berusaha tanpa
putus asa untuk memenuhi kriteria report tu yg nak minimum 6000 word dengan
sekali 6 chapter dan yg paling aku benci adalah format yg melambatkan kerja aku
siap..Dah lah aku buta computer..redooo jelah…Akhirnya siap juga report yg
dibuat dgn cincai tuh..
Pagi esoknya..aku terus
ke kedai photostet lah…apalagikan nak print report tu lahkan..Dah la mahal
giler..Print hitam 30 sen sekeping..kalu print colour 50 sen sekeping..Pastu
lecturer banyak songgeh nak ringlah nak cover mesti colour hijau pucuk pishang
nak ada plastic lut sinarlah dan macam macamlah..Dan akhirnya aku pun kena RM
44.50sen..
Lepas balik bilik terus
tidoq keletihan teramat amat..Dan petang tu nak kena jumpa supervisorlah yg aku
tak pernah kenal yg juga dalam kalangan lecturer…Hrmm dub dab dub dab dub dab
je jantung aku ni berjoget..Hrmmm nasib baiklah evaluation dari Manager tempat
aku praktikal ni power..Jadi kebarangkalian untuk aku repeat sangat rendah..
Monday, 9 March 2015
Introduction
Syukur akhirnya hajat kesampaian untuk menceritakan kisah hidup ini yang tak berapa nak syok sangat ni kan..Memang dah lama memikiorkan tapi busy la katakan..Dari first sem lagi sejak masuk U ni kan. Alhamdullilah rezeki murah sejak masuk U ni.. Ok sebagai intro ni tak de le apa sangat nak cerita saja nak merapu - rapu. Memandangkan masa lapang dah ada jadi boleh la menceritakan sikit - sikit cerita hidup ini yang sangat berwarna warni ni. Tapi lain kali lah kalau panjang umur insyaallah.
Bersyukur dengan apa yang ada..Mungkin itu kot kelebihan diri ini yang ada. Biasa lah budak kelahiran dari sebuah kampung yang dulu nya banyak pekhun..Tapi kini dah tak de. heheh..
Pekhun?? Mesti tertanya kan...Aku dah agak dah saja nak bagi suspen sikit walaupun tak pun kan..
Pekhun tu penagih dadah la...hahaha. Tu la dahulu menjadi kerisau aku dengan family aku la kan...risau takut diapa - apakan oleh pekhun tu.. Biasa la bila dah ketagihan macam - macam boleh terjadi..Bunuhlah, rogollah dan yang paling menjadi kenyataan adalah kes kecurian..
Adoii, banyak kali dah rumah aku dicerobohi pekhun.. kesian aku rasa.. Aku yang datang dari keluarga miskin ni pon kau nak kacau.. Tengok rumah pon dah boleh tau..Bila hujan mesti kena prepare siap - siap baldi ke besen ke...kalau tak kita boleh berkubang dalam rumah tu..hahaha
lawaklah aku rasa..Apa - apa pun bersyukur aku rasa, miskin - miskin pon hidup aku sangat bahagia ditambah pulak ada mak abah yang sangat aku sayangi.. Kes pekhun tu pun dah tinggai kenangan sebab polis pon dah semakin peka dan tak pekak lagi opsss..
Bila dah masuk rumah orang miskin ni, agak - agak lah kan nak curi ape yerr??..Abah pernah bagitau yang duit ada la 10, 20 ringgit hilang ditambah rokok daun feberet abah aku tu pun kau nak curi..adoii ngok la kau pekhun...Semoga kau dapat hidayah la cepat yerr..Yang pasti nyer tu semua bangsa melayu la..aku jamin..Sebab cina semuanya jadi tauke..Hanya melayu je yer mengemis di tanah sendiri...ok lah. Aku berharap melayu cepat - cepatlah bersatu yerr...Aku sokong je yang mana yang okay...heheh..cewahh politik la pulak..
Okay, sikit - sikit dah la story tu..idea dah habis da...Tapi ni kisah benar yerr..bukan rekaan..
Ni baru sipi - sipi.. Banyak lagi kisah yang sedih, sakit hati dan macam - macam lagilah. Tambahan pula sejak masuk U lagi la banyak kisah nak di ceritakan.. Dari sem satu hingga la ke zaman praktikal sem enam.. Kalau cerita tu pasti ada yang gelak sampai terkentut - kentut la pulak satgi. Ker ade yang akan masuk ICU...hahaha..takder la gurau jer.. Jadi sampai disini saja kisah yang ada sikit pengajaran ni..Kalau hebat cubalah cari pengajaran apa yang ada..ehh rasa macam ajar subjek Bahasa Melayu la pulak. Baiklah di lain kali kita berjumpa lagi..Sekian..
Bersyukur dengan apa yang ada..Mungkin itu kot kelebihan diri ini yang ada. Biasa lah budak kelahiran dari sebuah kampung yang dulu nya banyak pekhun..Tapi kini dah tak de. heheh..
Pekhun?? Mesti tertanya kan...Aku dah agak dah saja nak bagi suspen sikit walaupun tak pun kan..
Pekhun tu penagih dadah la...hahaha. Tu la dahulu menjadi kerisau aku dengan family aku la kan...risau takut diapa - apakan oleh pekhun tu.. Biasa la bila dah ketagihan macam - macam boleh terjadi..Bunuhlah, rogollah dan yang paling menjadi kenyataan adalah kes kecurian..
Adoii, banyak kali dah rumah aku dicerobohi pekhun.. kesian aku rasa.. Aku yang datang dari keluarga miskin ni pon kau nak kacau.. Tengok rumah pon dah boleh tau..Bila hujan mesti kena prepare siap - siap baldi ke besen ke...kalau tak kita boleh berkubang dalam rumah tu..hahaha
lawaklah aku rasa..Apa - apa pun bersyukur aku rasa, miskin - miskin pon hidup aku sangat bahagia ditambah pulak ada mak abah yang sangat aku sayangi.. Kes pekhun tu pun dah tinggai kenangan sebab polis pon dah semakin peka dan tak pekak lagi opsss..
Bila dah masuk rumah orang miskin ni, agak - agak lah kan nak curi ape yerr??..Abah pernah bagitau yang duit ada la 10, 20 ringgit hilang ditambah rokok daun feberet abah aku tu pun kau nak curi..adoii ngok la kau pekhun...Semoga kau dapat hidayah la cepat yerr..Yang pasti nyer tu semua bangsa melayu la..aku jamin..Sebab cina semuanya jadi tauke..Hanya melayu je yer mengemis di tanah sendiri...ok lah. Aku berharap melayu cepat - cepatlah bersatu yerr...Aku sokong je yang mana yang okay...heheh..cewahh politik la pulak..
Okay, sikit - sikit dah la story tu..idea dah habis da...Tapi ni kisah benar yerr..bukan rekaan..
Ni baru sipi - sipi.. Banyak lagi kisah yang sedih, sakit hati dan macam - macam lagilah. Tambahan pula sejak masuk U lagi la banyak kisah nak di ceritakan.. Dari sem satu hingga la ke zaman praktikal sem enam.. Kalau cerita tu pasti ada yang gelak sampai terkentut - kentut la pulak satgi. Ker ade yang akan masuk ICU...hahaha..takder la gurau jer.. Jadi sampai disini saja kisah yang ada sikit pengajaran ni..Kalau hebat cubalah cari pengajaran apa yang ada..ehh rasa macam ajar subjek Bahasa Melayu la pulak. Baiklah di lain kali kita berjumpa lagi..Sekian..
Subscribe to:
Posts (Atom)