Sunday, 29 March 2015

Imbas Kembali (1)



Alhamdulillah setelah semua selesai, maka bolehlah aku citer sikit apa yg berlaku baru baru ni.



Memandangkan dah tamat praktikal pada 6.3.15, maka boleh la aku menjerit kepuasan menandakan zaman Diploma aku akan habis tak lama lagi..hiyarkkkk..Tapi itu semua lambat lagi lahh..Nak tau sebab apa?.. Sebabnya report praktikal perlu disediakan, slide presentation, dan kemaskini logbook yg dah tertinggal beberapa minggu tu  akan dipersembahkan pada 23.3.15 nanti…Ok..releks brother..brother releks…awai lagi kot..lagi 2 minggu der…itu lah  yg ada dalam fikiran aku waktu tu…Jadi apa lagi kita abaikan lah dulu benda alah tu..Kita p merayau rayau kat kolej tu sambil mengacau bebudak yg tersangkut paper tuh..hahaha.. Kesian kat diaorang..



Di pendekkan cerite seram tak bertauliah ini..Secara tak sengaja atau sengaja aku pun tak tau bila dapat tau yg tarikh aku kena present dipercepatkan beberapa hari iaitu pada 19.3.15.. Jadi aku rasa yg roh dah takda dalam badan aku nih…Jadi apa lagi kalut lah aku membuat report praktikal tanpa sebab tanpa henti tanpa makan tanpa mandi tanpa keluaq rumah dan bermacam macam tanpalah yg ada…Time ni lah bermacam macam ayat mencarut keluaq kat mulut..tu la akibat buat keje last minit..Kan dah tension…Ni lah report paling stress dalam sepanjang zaman diploma aku nih..Nasib baiklah last sem..

Aku berusaha tanpa putus asa untuk memenuhi kriteria report tu yg nak minimum 6000 word dengan sekali 6 chapter dan yg paling aku benci adalah format yg melambatkan kerja aku siap..Dah lah aku buta computer..redooo jelah…Akhirnya siap juga report yg dibuat dgn cincai tuh..

Pagi esoknya..aku terus ke kedai photostet lah…apalagikan nak print report tu lahkan..Dah la mahal giler..Print hitam 30 sen sekeping..kalu print colour 50 sen sekeping..Pastu lecturer banyak songgeh nak ringlah nak cover mesti colour hijau pucuk pishang nak ada plastic lut sinarlah dan macam macamlah..Dan akhirnya aku pun kena RM 44.50sen..


Lepas balik bilik terus tidoq keletihan teramat amat..Dan petang tu nak kena jumpa supervisorlah yg aku tak pernah kenal yg juga dalam kalangan lecturer…Hrmm dub dab dub dab dub dab je jantung aku ni berjoget..Hrmmm nasib baiklah evaluation dari Manager tempat aku praktikal ni power..Jadi kebarangkalian untuk aku repeat sangat rendah..


 (bersambungg lah penat aku taip ni..)


No comments:

Post a Comment