Petang
18.3.15 sehari sebelum presentation, akhirnya aku dapat berjumpa dengan
supervisor aku yg akan jadi hakim untuk presentation pada esok hari.. Aku pergi
bersama 2 orang kawan aku yg praktikal di tempat yg sama..Bilik supervisor aku
terletak di B052 Al Farabi 1.
TUK
TUK..Pintu bilik supervisor aku diketuk.. Krik krik krik sebentar..Aku
kemudiannya beranikan diri membuka pintu dan aku dapat melihat seorang lelaki
yg telah berusia dlm 50 an kot rasanya..
Lalu dia
menyapa “ yess what u want”..Alamak dlm hati aku dah gelisah dah sebabnya dia
speaking kot..dah la aku tak berapa nak terer speaking English ni..Tapi nasib
baik lah kawan aku si Danial gemok ni terer speaking kalau tak…kompom krik krik
dalam bilik tu..
Danial
mencelah “ actually we want to see u to discuss about our presentation for
tomorrow..can u give some advise” dan bermula cerita yg aku paham sikit sikit
ja…bla bla la bla supervisor aku menjawab…Akhirnya baru aku tau yg supervisor
aku tu baru berpindah dari UITM kampus Jengka ke sini..Beliau merupakan bekas
Timbalan Rektor kat sana..Namanya Prof Madya Haji Khafiruddin Ali..HEHE. Jadi
budak UITM Jengka mesti kenal kan..kan..kan..Baru aku tau Prof ni sempoi
orangnya mcam aku jugak..hahahaha perasan kejab..Sesempoi sangat prof ni dan
lega lah hati aku walaupun sepatah ayat melayu aku tak dengar lagi..
Setelah
hampir dua jam akhirnya tamat sudah perbualan yg fully English tu dan yg
pastinya aku yg paling krik krik..Petang itu aku terus ke kolej Cengal 2. Aku
bercadang nak tido kat kolej la malam tu..memandangkan rumah tempat aku tido yg
terletak di Taman Gasing sangat jauh..Jadi tinggal lah aku sekejab bersama sama
kawan aku yg akan present esok juga..Yang seronoknya depa ni kira boleh kata
macam pendatang asing tanpa izin la..sebabnya depa masuk kolej tanpa kebenaran
pihak kolej..kah kah kah. Dah la ramai dalam 20 lebih orang untuk 4 bilik budak
course aku ni..Satu bilik boleh memuatkan 3 0rang..So hampa paham kan yg malam
tu aku dan kawan aku semua tido macam sardin dah beramai ramai..
Malam yg
panas dan merimaskan dgn beg beg baju yg bersepah sepah di bilik yg hanya
memerlukan 3 orang tu, aku terus memulakan membuat slide presentation untuk
esok..Tu pun mula pukul 10 lebih..Sebabnya dok ralik bersembang dgn kawan yg dh
lama tak jumpa ni. Dok kalut Tanya pasai tempat praktikal depa. Semuanya gempak
gempak belaka..Tiba tiba kawan aku bagi tau yg kolej Cengal 2 ada buat spot
check..Aku apa lagi cuak la.. sebabnya rambut aku dah panjang macam Anuar Zain
nih..Adusss..Kawan aku yg lain apa lagi lari la berduyun duyun turun duduk
dibilik bacaan la…menyorok dalam jamban la…Aduh lawak betui la depa
ni..Maklumlah depakan penghuni tanpa kebenaran..heheh. Bilik Cengal 2 no 218 tu
ditutup lampu dan dikunci biliknya..hahaha macam haromm je rasa malam ni jugak
depa nak buat spot check..Dah la slide aku tak siap lagi.
Setelah
keadaan reda dan takda sapa yg kena saman aku dan kawanku terus ke bilik masing
masing untuk sambung balik kerja yg tertangguh tadi..Akhirnya dlm pukul 2.30
pagi kerja aku semuanya siap..Walaupun kawan aku dibilik lain baru nak
buat..jadi lantak depa lah..Yg penting aku nak tido sebab dah ngantok ni..Malam
yg meninggalkan banyak kenangan itu aku tido bersama sama kawan ku. Yg pastinya
aku kena tido kat lantai.. Cissss..Aku terus diulit mimpi.zzzzzzzz.
Pagi
khamis 19.3.15 maka bersiap siaplah aku untuk pergi present..Aku yg memakai
baju kemeja berwarna putih bertali leher hitam bersluar slak hitam agak nampak
kemas lah..hehe..Biasalah selama ni asyik pakai baju selekeh je waktu buat
praktikal. Setelah semua di check utk pastikan takda yg tertinggal aku terus
menaiki moto Kesayangan aku AJS 2016 tu ke tempat pendaftaran..Setelah selesai
maka aku terus ke tempat presentation di bilik seminar 2. Wauu aku dapat tempat
VVIP kot..huhu..Di pendekkan cerita..Setelah Prof sampai ke bilik seminar maka
bermulalah presentation tuh.. Aku memilih orang ke tiga untuk membuat
presentation..Masa yg diberikan adalah 15 minit untuk presentation termasuk Question
and Answer. Tetapi semua itu tak betul..Sebabnya seorang ambil masa setengah
jam..Sbabnya prof tanya soalan yg level 100..Kesian kat depa..
Kini tiba
giliran aku sebagai orang ketiga. Dan bermulalah presentation aku dalam bahasa
enslish gaya aku. Pong pang pong pang aku present..Kini tiba dekat Q and A.
Prof Tanya aku bermacam macam soalan dan nasib baik aku paham dan boleh
jawab..Tapi aku hairanlah kenapa prof begitu teruja nak Tanya macam macam kat
aku sehinggalah satu soalan yg aku tak paham maksudnya..Aku apa lagi krik krik
krik kat depan tu..Prof ulang banyak kali..Aku perasan yg kawan aku nak tolong
aku dgn bagi bahasa isyarat tapi aku tak paham la bahasa ko tu..hehe.. Akhirnya
buat pertama kali prof bercakap dalam bahasa Melayu 100% kat aku..Mungkin dia
bosan kat aku sebab dia Tanya aku krik krik jer..heheh. Soalan prof yg masih
aku ingat lagi adalah “ untung kah peneroka Felda Chuping mempunyai 4 hektar
tanah untuk satu keluarga dan bolehkah keluarga itu menyara seluruh keluarga
nya..” Hehe itu je soalan nya..Haihh kenapa lah aku tak paham..
Aku lah
yg buat presentation paling lama sekali dalam lingkungan 40 minit. Dan nilah
presentation dalam English paling lama dalam hidup aku setakat ni. Apa apa pon
aku tak rasa kecewa sebabnya budak present lepas aku semuanya lawaklah sama
macam aku krik krik kat depan..heheh..Apa apa pon komen dari Prof amat membakar
semangat aku. “Walaupun kamu tak reti cakap dlm bahasa inggeris at least kamu
cuba dan saya rasa bangga kamu mencuba walaupun tunggang langgang sebabnya saya
faham budak kampong macam kamu memang sangat kurang pendedahan dalam English
dan kamu berusaha dan saya rasa bangga sebab saya juga dari kampong macam
kamu”..hahak.. Setelah tamat presentation sedikit jamuan diadakan.. Maka dengan
ini tamat sudah zaman Diploma aku..Heheh. Itu je kut cerita sebenar yg lain
akan menyusul kemudian..
No comments:
Post a Comment